Oct 3, 2012

Samseng cilik..amboi..tak padan dgn kecik..

Salam sumer..

Hari ni aku ade terbace kt HM pasal budak umo baru 9 tahun dh belagak macam samseng, siap ugut bunuh lagi.  Amboi ko nak..tak padan dengan kecik..sepende pon mak ko basuh lagi dah nak jd samseng.

Jom layan berita ni..

PETALING JAYA: Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.
Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.

 

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.

Selepas mengepung, mereka memukul mangsa di tangan dan kaki dengan pembaris besi sebelum membelit lehernya dengan tali pinggang.  Akibat sesak nafas, mangsa jatuh ke lantai.  Melihat mangsa jatuh, lima murid itu bertindak lebih agresif dengan memijak muka dan memukul badan mangsa dengan kasut.


Selepas membelasah mangsa, kumpulan murid itu turut menyatakan niat mereka untuk membunuh dan mencampaknya dalam hutan sekiranya melaporkan kejadian berkenaan kepada guru atau polis.

Mangsa turut dirujuk kepada pakar psikiatri kerana mengalami tekanan mental akibat kejadian itu.


notakaki: aiyo..ganeh btol budak2 zaman sekarang ni..YA ALLAH..jauhkanla dari anak2 ku..aminnnn



saje letak gamba ni..gamba ank2ku..tp lg sorang tah kemane..tgh mkn kek ler tu..


1 comment: