KOTA BHARU: “Jika ditakdirkan isteri saya mengandung, saya berniat menyembelih seekor kambing untuk buat kenduri,” kata Idris Laboh, 71, yang kisahnya mendapat liputan meluas akhbar pada Julai lalu apabila pitam ketika dinikahkan dengan pasangannya, Rohani Lee Abdullah, 53.
Walaupun usianya lanjut, Idris yang lebih dikenali sebagai Pok Yeh berkata, dia menyimpan impian untuk memiliki zuriat sendiri dan berusaha merealisasikannya. Katanya, kehadiran cahaya mata sangat dinanti, apatah lagi dia dan isteri belum dikurniakan zuriat dalam perkahwinan terdahulu.
“Kalau dapat anak perempuan, saya nak namakan Farah, kalau lelaki pula, tak kisahlah apa pun,” katanya.ketika ditemui di Rumah Seri Kenangan (RSK), Pengkalan Chepa, kelmarin.
Harian Metro pada 10 Julai lalu melaporkan, Idris bergelar suami kepada Rohani selepas tiga kali melafazkan akad nikah dan dia mengakui terkejut sehingga pitam sebaik melihat wajah isteri yang cantik disolek.
Pasangan itu adalah penghuni RSK dan lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan penghuni RSK pada 1994. Ketika ditanya kehidupannya kini, Idris mengakui gembira kerana tidak lagi kesunyian.
“Siang hari masing-masing bekerja, jadi waktu malam kami boleh melakukan aktiviti bersama.
“Selain makan dan solat berjemaah, kami sering menonton televisyen bersama lebih-lebih lagi kalau cerita Hindustan,” katanya.
Idris berharap semoga jodohnya kali ini adalah yang terakhir dan kekal hingga hujung nyawa.
romantikkan..hihi |
ai..buat n3 ..pasal mengandung2 ni... dah confirm ada dah kut..nanti buat n3 pasal anak ke empat plak la....
ReplyDeleteeee tak tergambar rasa keseronokan tau.. ada anak kecil ni... lembut jer tangan, kaki, pipi dorang ..maklumla baru sampai dari syurga