Oct 9, 2012

Gara-gara tali pinggang keledar....emmm..

sumber : Harian Metro



BANDAR TUN ABDUL RAZAK (PAHANG): “Saya memperlahankan kenderaan dan melaungkan Allahuakbar sebaik melihat Proton Iswara itu masuk ke laluan saya dalam keadaan terhuyung-hayang seperti tayar kereta pancit.”

Demikian kata Md Isa Rahmat, 51, anak kepada Nah Yasin, 72, yang terbunuh akibat terjerut tali pinggang keledar tempat duduk di belakang kereta selepas Proton Waja dipandunya bertembung dengan Proton Iswara, di Kilometer 23 Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, kelmarin.


Turut terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu ialah penumpang hadapan Proton Iswara terbabit, Siti Rahmah Roman, 26, dari Denai 6, Kempas Baru, Johor Bahru, yang hamil lapan bulan anak pertama dan bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah kilang di Johor Bahru.

Md Isa dan isterinya, Ainun Che Musa, 44, yang cedera parah akibat kemalangan itu berkata, sejurus dia melaungkan takbir, Proton Iswara terbabit terus merempuh kenderaannya menyebabkan dia tidak sempat mengelak.

“Dalam keadaan menahan sakit akibat rusuk kiri yang patah, saya dikeluarkan beberapa orang awam sebelum dipimpin berjalan menuju ke pintu belakang kenderaan untuk melihat keadaan emak

Saya lihat emak tidak sedarkan diri.  Beberapa kali saya minta emak mengucap dua kalimah syahadah, namun tiada tindak balas.  Rupa-rupanya dia sudah meninggal dunia.

Md Isa berkata, selepas itu dia terdengar suara rintihan isterinya sebelum melihat anaknya yang duduk di kerusi belakang berlumuran darah.

Emak meninggal dunia di tempat duduk dalam keadaan tali pinggang keledar menjerut lehernya.  Saya tidak pasti bagaimana keadaan itu boleh berlaku, mungkin disebabkan hentaman kuat lepas berlaku pertembungan, katanya


notakaki : kalo dah ajal, pakai ke x pakai tali pinggang tu tetap gak akan 'dijemput'.  tapi elok pakai la kang kene saman plak..hihi...

2 comments: