Sep 28, 2012

Jamah Nasi Berlauk Babi..eeyuuuu...

Salam Jumaat sumer..

Macam biase ar aku, kalo bos p meeting aku bace paper ar ape lg..hihi..Kali ni aku terbace pasal budak2 remaja ni termakan daging khinzir ni.  Yukkkssss...tp dh buat camnerkan dah termakan.  Ok layan berita ni.

Kuala Lumpur: Hari pertama bekerja secara sambilan dengan sebuah syarikat pengurusan tiket bertukar menjadi detik hitam buat 11 remaja apabila mereka dihidangkan nasi berlauk babi sebagai menu makan tengah hari.

Kejadian berlaku Selasa lalu ketika semua pekerja itu sedang berehat selepas menjaga kaunter tiket di sebuah stadium menimbulkan rasa tidak puas hati biarpun sudah dimaklumkan mereka beragama Islam

Salah seorang mangsa, Mohd Azraai Anuar 18, berkata dia dan rakannya dimaklumkan perkara itu oleh pekerja bukan beragama Islam yang menegur mereka sebaik menjamah daging di dalam nasi berlauk terbabit.

Katanya, daging babi berkenaan dicampur di dalam bungkusan yang dihantar pekerja restoran dan hanya mengetahui kandungan lauk itu selepas diberitahu beberapa orang senior menyebabkan salah seorang dari mereka memuntahkan kembali makanan.

Seorang lagi rakannya, Muhammad Syahmi berkata dia terus menghubungi ibunya untuk meminta pandagan mengenai perkara itu sebelum majikannya meminta supaya tidak menghebohkan perkara itu dan menganggapnya sebagai masalah kecil.


notakaki : aiyakk..jahat tol bos dorang ni...

No comments:

Post a Comment