Sep 25, 2012

Pertunangan Pelakon Diana Amir



comeynyer diana amir ni..tunang dia pon bleh tahan gak..hihihi



Tahniah buat Diana Amir atas pertunangannya! Berita gembira ini telah dikongsikan secara eksklusif melalui segmen Terjah dalam rancangan Galaksi malam tadi.
Menurut Diana, bukan niatnya hendak merahsiakan atau menafikan pertunangannya.
“Perkara tersebut perkara yang baik, cuma kita tak tahu sama ada berkahwin atau tidak dan saya tak mahu susahkan orang lain. Baik kita fikirkan lebih jauh lagi. Kita dah terikat pada perjanjian dan saya perlu cuba memahkotakan janji ini sebaik mungkin kerana kita manusia biasa dan kita tak mahu menyusahkan sesiapa.
“Saya minta maaf jika ada menyinggung perasaan sesiapa dalam apa jua cara. Dan saya harap semua akan faham dengan apa yang saya lakukan sebagai seorang manusia, ialah untuk kebaikan semua orang sebenarnya dan bukan untuk kebaikan saya sendiri.
“Kita tidak hebahkan tentang pertunangan kerana tak perlu sebenarnya. Ia bukan perkara wajib untuk dihebahkan. Jika perkara wajib, dah berkahwin, kenapa tak hebahkan perkara yang baik? Cuma sekarang ini, benda tak pasti lagi. Tak adalah malu kalau benda yang dirancang tak menjadi. Jika benda itu dah pasti, baru kita hebahkan.”
Jelas Diana lagi, tunangnya bukan seorang ustaz seperti yang dikhabarkan sebelum ini (sebaliknya yang GUA dengar, dia seorang pensyarah). Turut dikongsinya, dia mencari calon suami yang bijak dan boleh membimbing dirinya.


Credit to GUA

notakaki : tahniah gak dari aku..

No comments:

Post a Comment