Sep 28, 2012

Jamah Nasi Berlauk Babi..eeyuuuu...

Salam Jumaat sumer..

Macam biase ar aku, kalo bos p meeting aku bace paper ar ape lg..hihi..Kali ni aku terbace pasal budak2 remaja ni termakan daging khinzir ni.  Yukkkssss...tp dh buat camnerkan dah termakan.  Ok layan berita ni.

Kuala Lumpur: Hari pertama bekerja secara sambilan dengan sebuah syarikat pengurusan tiket bertukar menjadi detik hitam buat 11 remaja apabila mereka dihidangkan nasi berlauk babi sebagai menu makan tengah hari.

Kejadian berlaku Selasa lalu ketika semua pekerja itu sedang berehat selepas menjaga kaunter tiket di sebuah stadium menimbulkan rasa tidak puas hati biarpun sudah dimaklumkan mereka beragama Islam

Salah seorang mangsa, Mohd Azraai Anuar 18, berkata dia dan rakannya dimaklumkan perkara itu oleh pekerja bukan beragama Islam yang menegur mereka sebaik menjamah daging di dalam nasi berlauk terbabit.

Katanya, daging babi berkenaan dicampur di dalam bungkusan yang dihantar pekerja restoran dan hanya mengetahui kandungan lauk itu selepas diberitahu beberapa orang senior menyebabkan salah seorang dari mereka memuntahkan kembali makanan.

Seorang lagi rakannya, Muhammad Syahmi berkata dia terus menghubungi ibunya untuk meminta pandagan mengenai perkara itu sebelum majikannya meminta supaya tidak menghebohkan perkara itu dan menganggapnya sebagai masalah kecil.


notakaki : aiyakk..jahat tol bos dorang ni...

Sep 27, 2012

Ustazah Sharifah Khasif lagikkk...

Ni sambungan dari citer Ustazah Sharifah Kasif ni..cer klik sini kalo nak tgok la gambo ustazah comey ni..hihi

Aku bukan nak sgt citer pasal retis atau pon selebriti ni, tp hari ni aku tertarik nak citer pasal ustazah sharifah khasif ni.  Hari ni aku bace Harian Metro menceritakan tentang ustazah ni.  Beliau berkahwin dgn seorang yang berpangkat dato' dan juga sudah beristeri.  Ini bermakna ustazah syarifah khasif ni second wife ler.

Dah jodoh pon, isteri dato' tu pon dah bg restu, tak ar kata bukan2 lagi pasal ustazah tu.  Siap p bercuti lagi dengan madu.  Kire ok la tu kan.  Aku bukan nak menyokong pasal kawin laki orang ke ape ke, cume kat paper ni aku bace ade org kate ustazah ni kawin sorok2.

Madu ustazah tu baik gak orgnyer, siap dia emel gamba dan bgtau sumer orang yg ustazah ni tak kawin sorok2.  Bagusnye madu ustazah ni, susah nak dapat cmni zaman skrg ni.  Moga sifat tu akan berterusan.  Orang2 yg sabar je kan bleh bt cmtu.  Kalo aku..emmmm....tak tau nk kate ape..hihi....Ok la korang layan ar gamba kt bawah ni ye..yg aku kidnap dr Harian Metro.










 notakaki : harap kekal bahagia hgga ke akhir hayat...

Sep 26, 2012

WW#1..Sape Kate Lelaki Tak Bleh Susukan Anak..hihih

Kalo korang tak caye cer tgok gambar ni..



Haa..camner pecaye tak..pecaye kan..hahahaaa

Sep 25, 2012

Info Minda

Hai geng..


 



Ini ade sikit info minda tok korang.  Seperti biase ler aku cilok dari Harian Metro..hihi..Kali ni tentang tonsil dan kebaikan buah lemon.  Jom layan..


Tonsilitis atau penyakit radang tonsil di bahagian kerongkong berpunca dari serangan kuman bakteria streptokokus.  Ia dikatakan dapat dirawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon.

Wallahu a'lam..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Pertunangan Pelakon Diana Amir



comeynyer diana amir ni..tunang dia pon bleh tahan gak..hihihi



Tahniah buat Diana Amir atas pertunangannya! Berita gembira ini telah dikongsikan secara eksklusif melalui segmen Terjah dalam rancangan Galaksi malam tadi.
Menurut Diana, bukan niatnya hendak merahsiakan atau menafikan pertunangannya.
“Perkara tersebut perkara yang baik, cuma kita tak tahu sama ada berkahwin atau tidak dan saya tak mahu susahkan orang lain. Baik kita fikirkan lebih jauh lagi. Kita dah terikat pada perjanjian dan saya perlu cuba memahkotakan janji ini sebaik mungkin kerana kita manusia biasa dan kita tak mahu menyusahkan sesiapa.
“Saya minta maaf jika ada menyinggung perasaan sesiapa dalam apa jua cara. Dan saya harap semua akan faham dengan apa yang saya lakukan sebagai seorang manusia, ialah untuk kebaikan semua orang sebenarnya dan bukan untuk kebaikan saya sendiri.
“Kita tidak hebahkan tentang pertunangan kerana tak perlu sebenarnya. Ia bukan perkara wajib untuk dihebahkan. Jika perkara wajib, dah berkahwin, kenapa tak hebahkan perkara yang baik? Cuma sekarang ini, benda tak pasti lagi. Tak adalah malu kalau benda yang dirancang tak menjadi. Jika benda itu dah pasti, baru kita hebahkan.”
Jelas Diana lagi, tunangnya bukan seorang ustaz seperti yang dikhabarkan sebelum ini (sebaliknya yang GUA dengar, dia seorang pensyarah). Turut dikongsinya, dia mencari calon suami yang bijak dan boleh membimbing dirinya.


Credit to GUA

notakaki : tahniah gak dari aku..

Sep 24, 2012

Tersedak Susu..

Hai geng..

Aku tak tau nk mulekan cmner..tp aku nk citer gak.  Slame ni aku bace paper, tgok berite je pasal baby tersedak susu ni, tp kali ni salah seorg rakan aku kt Tourism Malaysia ni ade kes camtu.  Cam tak pecaye plakkan.

Baby tu baru 4 bulan, comey giler plak tu.  Adoi sedih aku tgok.  Tapi nak buat camnerkan, bende dah nak jadi.  Hanya Allah Maha Mengetahui



comeykan baby tu



Kalo jadi kt aku, tak tau camner aku nak hadapi.  Mungkin pengsan kot.  Emm..tah ler tak tau nk cakap cmner.  Kadang2 aku tekilan gak, camner ler orang yg boleh branak tu, campak anak macam baling sampah.  Apa perasaan mereka ketika campak anak tu kan.  Ayam kot..emm..tah ler kite tak berada ditempat mereka.  Tak tau ape perasaan mereka ketika tu, takot, serabut, malu..macam2 ade agaknya.  Tu sebab la agaknye dorang bleh campak cmtu je, tanpa ada rase besalahkan...

Dah Allah bagi akal fikirlah mane yang elok mane yang tak elok..selamat beramal..(nasihat diri sndri dulu puan shida oiii)...hihi

Alhamdulillah..abah semakin sihat & Cikgu gigit anak murid..biaq btoi..

Assalamualaikum

Hai sumer..hari ni aku ade hepi sikit sbb abah aku semakin menunjukkan peningkatan positif.  Abah dh boleh ckp sikit2, dh kenal orang dan dh paham ape yang kami cakapkan.  Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..harap abah cepat2 kuar spital tak saba nak mcm dulu blk..huhu

Hari ni aku ade bace paper metro pasal cikgu gigit anak murid gara2 anak murid tu tak dapat sebut perkataan 'boys'.  Biaq btoi cikgu ni sampai gigit murid tu.  Kalau aku cikgu pon, rsenye tak sanggup aku nk gigit murid aku, setakat cubit sikit mungkin ler kot..hihi...

Ala mgkin budak ni pelat sikit ke, gagap ke susah nk sebut, tak kan smpi nk geget..adoii..mentel la.  Kesian budak tu dah trauma nk pi sekolah.  Aku mase dok skolah dulu paling teruk aku kene pon kene melepak bawah meje, sbbnyer kelas aku tu memekak 'time' cikgu tak de.  Wakakaka..tu biase la kan.  Pastu satu lg, kene jalan itik keliling sekolah, sbb dtg perhimpunan lmbat.  Penat giler woo..lenguh satu badan aku dibuatnya.  Serik dah lepas tu.  Tapi tu sumer pengalaman yang menjadi pengajaran.

Tapi yg ni kene gigit, emm..tak tau nak cakap cmner.  Pada pendapat korang ar cmtu tu ye.  Apa yang patut korang ckp kt cikgu tu.  Anak aku ade gak hari tu lebam tangan dia, aku tanye nape lebam ni, anak aku ckp cikgu cubit sbbnyer aku tak tahu.  Aku nk serang cikgu tu, emm..mgkin cikgu tu ade sbb kot, anak aku nakal ke kan mane la tau.  Aku tak kisah nk buat anak aku, jgn smpai kuar darah pengsan ke sudah ler.  Kalau dh tahap cmtu aku akan buat juge la sesuatu jugak la.  Tak kan nak diam je kan.  Naik lemak la nnt.

Ok la aku pon tak tau nk meraban ape dh, ptg ni aku tak melawat abah la sbb ade hal sikit, so tak dpt ler jengok abah.  Rindu plak rasenye.  Walaupon aku tak tgok abah hari ni, doa aku sentiase untuk abah dan mak tersayang.  Bak kate ank aku yg nombor dua tu, "kite doa atok cepat baik, tp kite doa dalam hati je"..comel je bunyiknyer..budak2kan..

Kite bersiaran ptg nnt, ade cerita lg nak diceritakan..byeeee...Wassalam

Sep 21, 2012

Abah..org rindu abah..& Kelebihan Suroh Al-Insyiroh

Salam petang Jumaat sumer

Panjang benor tajuknyer tu kan.  Tapi tu la luahan hati aku sebenarnya.  Aku rindu abah, walaupon aku hari-hari tgok abah kt spital tetap lain, sbb tgok abah skrg ni tak sihat dan tak bleh bercakap.  Sedih sgt tau.  Waaa..bgun la abah, kite janji kan nk p langkawi, kalo abah sakit ni cmner kite nk p..huhuhu...sian mak...

Aku tgh sedih2 ni tetibe terbaca satu blog ni..dia kate kalo hati sedang sedih amalkan surah Al-Insyiraah ataupon Alam Nashroh..





Kelebihan Suroh ini adalah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


FADILATNYA:-

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya


notakaki : Suroh ni juge sesuai dibace di saat anda gelabah tak keruan mase interview.  Insya'Allah hilang rse gelabah tu..Wallahu a'lam..hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI

Sep 19, 2012

Ustazah Sharifah Khasif dah kawinlaaa..

Salam


Aku pon terkezut gak dgr berita ni.  Ustazah tu aku penah jumpekan life lg..comey gak orangnye.  Hal perkahwinan beliau tidak dihebohkan, tp btol ke ustazah tu.  Aku rse btol..aku tgok pon mcm beliau la kan..
Kalo korang nk tau lebih lanjut korang tnyer la ustazah tu sendiri...hihi
Tahniah dari aku sekeluarga utk ustazah.  Semoge berkekalan hingga ke akhir hayat..aminnn





Aku cilok gamba ni dari


Terime kasih tuan tanah.


notakaki : hot gak ustazah ni..hehehe..(gumbirakan hati yg sedang kesedihan..huhu)

Sep 18, 2012

Minggu Yg Penuh Duka..

Salam..

Aku hari ni nk citer pasal abah aku yg masih koma di hospital selayang gara-gara darah tinggi terlalu tggi 260/140.  Abah aku ni memang pemakan ubat darah tggi dah lame, tp beliau juga dah lame berhenti sbb alasan beliau malas nak makn ubat dah sbb dh boring.  Adoi abah, maafkan juga anakmu ini sbb tak ambil kisah tentang abah.  Abah makan ubat ke tak ke, kalo orang tau abah tak makn ubat orang akan bising pada abah tau tak.  Orang sayang sangat pada abah.

Pada kejadian tu abah aku makan daging kambing, tp makan sikit je pon sbb nk lepaskan rase teringin.  Beliau pegi kenduri pastu kt situ plak ade kambing golek kene plak dengan kawan2 yg provok suruh makan, abah aku pon ape lg try ar makn.  Trus pening tak ingat ape dah.  En suami aku pon trus ler hanta abah aku p spital.  Kt spital doc tnyer name tak jawab, geli2 kaki tak de respon ketuk2 kaki pon tak de respon gak.  Pastu doc nk amik darah, darah tak kuar, pastu trus abah aku kene sawan @ tarik @ epilepsy.

Mungkin dah nak jadi penyebab, kawan2 abah aku tu pon, yg korang provok abah aku suh makan nape, nk je aku lempang laju2 sorang2.  Iskh mula la rase nk emo ni.  Tapi benda dah jadikan, nak salah kan sesiape pon tak gune gak.  Abah aku tak makn ubat, dan ujian untuk kami adik beradik.  Walau cmner pon kami tetap di sisi abah.

Ya Allah..hambaMu yg hina ini memohon padaMu kerna KAU sebaik2 pertolongan, tolonglah sembuhkan abah hambaMu ini, jika KAU ingin mengambilnya semula, hambaMu ini redha, tp biarlah kami dapat berbicara dengannya walau hanya sebentar. Aminn Ya Rabbal A'laminnn...


Sep 14, 2012

Tragedi Hari Lahir

Salam Jumaat sumer

Hari ni mak hepi sbb hari ni bufday mak yg ke ....ohh mak dah tuo..hadiah..en suami kate nak hadiah tggu sok sbb en suami gaji 15 hb. siap cakap lg..tu la sape suh lahir tengah bulan..waaaaaa

Hari ni plak purse mak tetinggal kat rumah.  Adoiii..seb baik fon bawak.  So hari ni mak jd pendatang tanpa izin la ye sbb ic tak de.  Pasal nak makan tu tak kisah lagi, sebab hari ni bufday mak, ada orang belanje mak makan.  eh beg duit ni cam tau2 plak dia ye, bleh tetinggal plak..hahhaa

Adoiii..pengsan makkkk...kunci rumah dalam tu, seb baek gak ler mak ni balik dgn suami mak..kalo balik sndri tu kene tggu ler en suami tlg bukakkan pintu.  Kalo dulu tak per la kalo tggl en suami bleh tlog hantarkan kt opis, ni dh opis jauh ni, sape nak hantarkan. waaaaaa...


ni bukan purse mak..saje nk tunjuk..ni mak amik gambar kt pakcik gugel

Info Minda

Salam...

Mesti ade yg pelik bin hairan kan..nape la kau suke sgt cilok info minda kt Harian Metro ni kan.  Bukan ape, aku suke amik yg pelik2 sbb nanti aku bleh bace balik, pastu nnt aku bleh buat ujikaji sendiri. Hahhaha..poyo la ko shida, ye la tu nk bt ujikaji sndri.. kononnn..

Ok hari ni nak citer pasal tebu, kite slalu minum air tebu kan, tp ari ni ade info lain sikit.  Jom kite tgok ape dia tu







Tebu boleh menghasilkan ethanol, sejenis bahan api yang boleh menggantikan gasolin.  Brazil antara negara yang menggunakan ethanol dari tebu bagi mengelak bergantung kepada minyak



Ok geng, camner, dah tau dah kegunaan lain tebu ni selain airnya yang sedap.  Lepas ni kalo rumah tak de minyak tu bleh gune tebu ni, tp kene hati2 kang tebakar plak rumah.




notakaki : mase kecik2 dulu aku gigit trus je tebu ni x yah mesin2.  Org tua2 kate elok untuk gigi, sbb jdkan gigi kite kuat.

Sep 13, 2012

Apa Yang Wajib Ada Dalam Novel

Salam sumer

Hari ni rase cam nak bebel banyak ler.  Tapi apa yang aku nak merepek ni ye.  Emmm..ok dah dapat.  Pasal novel2 cinta yang ada kat Malaysia ni.  Aku peminat novel gak, walaupon kekadang isi dalam sumer novel tu lebih kurang je, aku still layan.

Aku tgokkan..emm..tgok dan baca ler..tapi tu bagi aku la, kalo korang aku tak tau ler kan cerita-cerita dalam novel tu mesti ada :-



pertama : hero atau heroin tu mesti ada darah kacukan atau orang putih kate "pan asia".  tak kire la, kacukan jepun la, cine la, ada satu novel tu kacukan perancis (mesti hensem gilerkan).  harusss..hero dan heroin digambarkan seorang yang hensem dan cantik.

kedua : mesti hero atau heroin tu anak datuk, aku rase ni memang wajib ade.  mesti ade anak orang kaye

ketiga : kalo tak hero atau heroin anak datuk, mesti salah sorang tu anak orang kampung, berkeluarga ramai, bapa nelayan macam2 lg ler kesusahan mereka.

keempat : mesti berebut kekasih, tak kire la, hero rebut heroin atau sebaliknya.  mesti ada orang ketiga yang cuba hancurkan kebahagian pasangan tu.

kelima : cinta lepas kahwin.  kene paksa kahwin, memule tak suke, lame2 jatuh cinta, sayang giler2 lepas tu.

keenam : kalo pasangan salah sorang tu anak orang kaye, mak mesti tak suke dengan anak orang miskin.  mesti nak kahwinkan anak dengan pasangan setaraf, dengan anak tan sri ke, datuk ke camtu la.

ketujuh : kalo keje satu opis, mesti bos becinta dengan secretary, memula gaduh2, pastu jatuh cinta.  agaknye memang camtu kot.

kelapan : berkelulusan tinggi, samada hero atau heroin, belajar sumer kat obersi.  aku tau penulis2 novel ni sumer berpelajaran tinggi, kalo tak, takdenye nak jadi penulis novelkan.

kesembilan : kalo heroin tu, mesti jenis yang ceria, banyak mulut la, hepi go lucky..camtu la.  pastu menjadi kesayangan mak dan abah.  (ye la dah heroin kene la camtu..ape la ko ni)

 kesepuluh : aku rase last ler ni, tak tau ape lagi, mesti happy ending.  mesti punyerla, tak caye cer korang layan satu dua novel, mesti happy ending.





Setakat ni aku nk bebel lagi meraban pasal novel2 cinta ni.  Pada peminat novel jgan mara arr, aku bgtau jer, aku pon layan gak novel2 cinta ni.  Aku syoknyer baca novel ni, sampai aku bleh hanyut masuk dalam citer novel tu, sampai aku tak rase dh ade orang keliling aku ni.  Hihi..syoknyer layan novel ni...

Info Minda lagikkk

Hai geng..


Ini saje je nk amik info ni.  Mane tau ade orang nk menanam pokok dan nak cun plak boleh guna ni.

Pokok manggis amat sensetif kepada jenis tanah dan hanya boleh tumbuh di kawasan tanah masin atau berpasir.
Manggis kaya dengan 40 bahan antioksida dan dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Banyak lagi kebaikan buang manggis ni, kalo nak tahu lebih lanjut sile ler google.




sumber : mane lagi..Harian Metro ler


notakaki : sedap plak tgok buah manggis..seb baek tak mengidam

Sep 12, 2012

WW#2

Hai geng..

ni ler ghupernyer pewangi kentut tuuu..

Td aku ade bace kt satu blog ni...citer pasal pewangi kentut..Lawak betol la.  Caranye..masukkan benda tu dalam lubang buang angin anda tu, pastu buang ler angin.  Bentuk dia macam tabungkan hihi..Dalam tu kene letak pewangi supaya nanti bile kentut kuar wangi tak busuk lagi..wakaka


notakaki : tak sakit ke masukkan bende tu dalam 'lubang buang hajat' tu

WW#1

Salam

Selamat pagi sumer..Hari ni nk citer pasal Info minda sikit.  Untuk pengetahuan je..

 


Tupai ialah sejenis rodensia dan boleh didapati di seluruh dunia.  Ia adalah mamalia berdarah panas dan apabila melahirkan anak, ia akan menjaga anaknya hingga dewasa.  Ada 12 jenis tupai diseluruh dunia.






notakaki : tupai pon jage ank mereka sampai dewase, ni manusia yg ade akal p buang anak plak..emmmm

Sep 10, 2012

Sama Tak Serupa

Salam sumer..
Apa kaba ade sihat ini hari..harap2nyer begitulah ye.  Sihat & senyum selalu.  Lama dah aku tak bukak blog aku ni.  Hai makin lame makin malas dh aku ni nk buat blog ni, tak tau nak citer ape dah.  Aku ni sebenarnye pendiam..hihi..(konon), sbb tu tak tau ape nk direpeknye dalm blog ni.

Hari tu aku tgok ank2 aku ni tdo, cara tdo lebih kurang je, pastu ape lg aku pon snap ler.  Hahaha..Lantak ler kan, bia dorang besar nnt dorang bleh tgok balk gaye dorang tdo tu.  Blog aku nk cacamarba, mcm2 ade, kalo korang nk bace, bace la, kalo agak2 boring trus klik pangkah kt atas tu tau.

Tgok la gambar ank2 aku ni tdo, emmm...lebih kurang je kan..hihi.


Sep 7, 2012

tak syok raye kalo tak de anak...

Assalamualaikum..

Salam pagi jumaat sumer.  Hari ni rsenyer mak nak bebel sikit ler.  mak bace paper pg td, pasal remaje pam anak dalm lubang tandas.  Adoi..giler ape budak ni.  Dari dulu mak hairan, budak2 yg buang ank ni kan dorang tak rase sakit ke mase besalin tu, pastu tak de rase pape ke mase tgok mate baby tu comel tu.  Pelik bin ajaib.  Mak yg gugur dulu pon sakit sampai rse serik nk ngandung dh, ni plak budak2 ni.  Emm..tak tau ler dunia akhir zaman ni.  Ya ALLAH..jauhkanlah dari ank2 ku.  Hamba-Mu ini bermohon padaMu YA ALLAH..Aminnn

Ni, sebenarnye mak nk citer pasal sorang kawan mak ni.  Dah lame die kawin 13 tahun tp msih blom dikurniakan cahaya mata.  Luar nampak hepi tapi dalam sapa tahu kan.  Mak ajak die datang rumah mak raye aritu, die palk suh mak datang rmah die dulu.  Alasan die tak de anak ni tak sronok nk beraye rumah orang, kalo ade ank sronok sikit pi sane sini.  Mak pon cube ler sedapkan hati die blk, mak pon ckp ler..ala same je ade ank ke tak de, yg penting hati kite gembire., kalo tak de ank tu bwk ler laki dtg rmh.  Pastu die ckp blk kt mak, ko ni pon aku dh kawin 13 tahun tau tak, aku tau ler ape yg aku rse, kalo kawin baru 3 tahun tu bleh ler lagi.  Mak pon tediam ler tak tau nk kate ape dh.  Sedih pulak rasenyer.  Mak rse cm nk ngandung pstu bagi ank mak tu kt die (giler ape ko ni shida)..hihi..Tapi mak rase mak cakap je..bile dh kuar baby tu nnt tgok comel giler mau nak kasi kat org..hahaha

Tu la bile ade org buang2 ank ni, teringat kt kawan mak ni, sedih tau.  Die yg 13 tahun kawin masih blom ade ank lg, tp budak2 yg  buang ank ni..sesenang je campak sane campak sini.  Kawan mak tu sampai bleh cakap tak syok raye kalo tak de ank, adoi rse nk nanges plak mak skrg ni.  Ye la bile kte raye ble ade ank ni, bleh kutip duit raye, bleh tgok dorang tak sabar2 nak pakai baju baru.  Emm..macam2 ler.

Buat sahabatku itu, aku sentiase doakan kebahagian korang, mane tau sok2 korang ade rezki gak menimang cahaya mata.  Aku doakan...



si bucuk ku...

Sep 5, 2012

WW#2..

Info Minda..

Ramai yg mugkin tak tahu, unta mempunyai sifat malu yang tggi.  Haiwan itu tidak akan mengawan di hadapan manusia dan marah jika ada sesiapa yang mengintainya ketika mengawan.



sumber gambar : pakcik google


Unta pon tau malu..kite sbgai Khalifah Allah ni ade rse malu tak sesame manusia mahupon pada Allah (nasihat tok diri sndri)



Sumber Info : Harian Metro

WW#1..Lauk Makan Malam Semalam

Salam..

Tak tau ler kenape..sejak lpas raye ni mood berblog memang dah ke laut, tp blom ke laut mati lg..cume baru sampai laut cine selatan.  Tak de idea dh ape nk tulis, dlu kemain giler berblog, skrg ni..emm.hampeh..hihi

Ok la tak mau ler citer panjang2, kite lyn gambo ni, lauk mkn mlam semalm..ni je yg sempt aku bt sbb smapi rmh semlm dh lencun hujan lebat.  Balik naik motor kan basah kuyup ler.  Seb baek ler dpt laki tak kisah makan ape jnji kenyang..hihi.


ni ler rupe ikan tu, laki ku kte ikan 3 rse, tp aku ckp ikan tak tau rse ape

Ade lg lauk tambahan aku bt telur goreng dadar letak mayonis, cm iklan shiela rusli tu..sedaapp..ank2 aku suke..aku pon suke.  Cmner ler berat badan tak bertambah.  Hahaha..naseb la badannn...nk resepi ke..emm..tak yah la kan..korang google je la resepi tu..yg ni pon aku main cmpak2 je.  Jnji bleh mkn, ank2 aku ckp "umi, umi msk ni bleh jd cm masterchef la"..hahaha..ank..ank..masterchef kt korang udah ler..kalo masuk masterchef tu umi rse peserta pertama yg akan terkeluar umi ler orgnyer..hihi..


nota kaki : kate WW..tp dh bebel dh ni bukan WW..