Salam..
Saje nak join entry ni, sebab cam syok jer kan tajuk dia tu..hihi
Okla dari trus membebel yang tak tentu pasal baik aku bebel pasan tajuk ni. Dulu aku sekolah rendah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru I (SRKSB I). Ada I dan II, tapi dalam sekolah yang sama cume nama dan lencane je yang lain. Guru besar opcoz ler lain gak kan. Aku masuk darjah satu 1986. Guru kelas aku masa tu berbangsa Cina kalo tak salah aku la kan,nama dia pon aku dah lupa, dah lame sgt so aku pon lupe dah..hihi. Aku ni tak penah masuk tadika trus je masuk darjah satu, adik beradik yang lain sume tadika aku je sbb keluarga aku tak mampu. Mak aku ler yang ajar aku kat rumah. Bile masuk sekolah tu cam 'peghak' la sikit sbb tak jumpe kawan2 sekolah kan. Seminggu gak ler bapak aku tggu aku sampai aku masuk kelas baru bapak aku pegi keje. Anak manja??.. tak ler aku kan tak penah sekolah so bapak aku tggu ler aku..hihi. Bapak aku hantar pegi sekolah naik moto vespa. Aku dok ler kt bahagian depan moto tu. Dulu aku p sekolah pakai gaun, hari jumaat je pakai baju kurung. Seksi..hihi..tp anak aku sekarang kene pakai baju kurung dan tudung tiap2 hari...hihi
Aku ingat lagi, jename kasut sekolah ku dulu adalah BATA, ada line hijau kt bwah dan bertali. Dulu nak pakai yang tak bertali tu mahal, so bapak aku beli yang bertali je. Bila tali tu tebukak tak reti nak ikat balik habis teburai, pastu siap pijak2 plak tu.
Ustaz Basir, itulah nama guru yang mengajar pendidikan Islam. Aku tak bleh lupe name tu sbb aku penah kene tumbuk dengan beliau gara2 aku tak dapat jawab satu soalan. Soalannyer pasal keluarga nabi tak salah aku ler. Bukan rotan dah, kene tumbuk terus. Bedebuk kene kt dahi. Dah ler Ustaz tu badan die besar lebih kurang en Mazidul tu..hihi. Kejam tak ustad tu, kalo mak bapak sekarang aku rse ustad tu dh kene saman dah. Lepas tu ape lg aku pon nangis ler. Kawan2 aku yang lain bleh gelak sbb aku kene tumbuk. Sian aku..huhu Ustaz tu memang terkenal dengan garangnya. Sebut je Ustad Basir semua orang kecut perut.
Lencana sekolah aku ni aku carik kt mr. google tak jumpe ler kawan2 sori ler ye. Puas dah aku google ke aku yang tak pandai gune internet, hihi. Nama kelas aku tu kalo tak salah aku ler 1A1. Dulu tak de exam2 nk tentukan kelas, main masuk je, tu yang aku tercampak kat kelas budak2 pandai tu. Sekarang ni kalo nak masuk kelas kene exam, kalo budak pandai masuk kelas pertama, kalo kurang pandai kelas yang akhir. Tapi ok gak kot sbb cikgu bleh lebihkan perhatian pada budak yang kurang cerdik ni.
Subjek yang paling tak suke ofcoz subjek matematik, sebab cikgu tu suke buat 'congak'. Dia bagi soalan, dan terus jawab tekial-kial ler nk kire pastu tukar solan lain. sebab tu sampai sekarang tak pandai kire2 ni..hahhaa. Pastu suh bawak bende2 tok dikire mcm batang ais krim, biji asam jawe, tah pape lg tah tak ingat dah. Korang penah kene bawak tak? Nak citer pasal mase darjah satu ni aku tak bape nak ingat ler. Kalo citer dari darjah satu sampi darjah 6 tu mgkin bleh kot, tp korang kene bace sampai 3 hari 3 malam baru nk habis hihi..
Satu peristiwa yang aku tak dapat aku lupekan, aku penah kene langgar dengan basikal mase aku nk lintas jalan balik rumah. Mase tu umur 7 tahun kan, main redah je la jalan tu. Nasib baik tak cedera teruk tapi tepelanting gak ler aku. Aku balik sendiri, bapak aku tak jemput dah mase tu. Jalan ler sorang2.
Dipendekan citer, mase aku darjah 6, ade budak pompuan ni memang terkenal dengan kecomelannyer. Jadi budak2 lelaki ni rebut2 ler nakkan budak ni. Aku??..tak comel manis je..ahakss..Ok sambung citer. Masa kami pegi pendidikan jasmani, budak lelaki tu masuk kelas amik bekas air minum budak pompuan comel tu dia p letak habuk kapur tulis ke air kencing tah aku tak ingat sgt tp antara 2 tu la..dalam bekas budak pompuan comel tu kerana nk bals dendam sbb budak pompuan comel tu x bls cinte budak lelaki tu. Eee..geli sungguh.
Tula antara citer2 yang aku ingat dan aku nak kongsikan bersama korang sume. Tak menarik pon saje nak imbas balik zaman persekolahan mase zaman kanak2 riang. Seronok sungguh waktu itukan.
salam shida.. terimakasih bnyk2 sbb share cerita kat sini. bila baca relate gak ler satu dua kesah masa ML skolah dulu. Tersenyum ML baca kisah2 mcm ni. Best kan...
ReplyDeleteokla. ML nk share link ni kat entry ML k.. tq shida .. ;)
* tersenyum sendiri bila teringat kasut bata yg sama suka terlucut tali dia - tapi ML expert bab ikat mengikat ni..hehehe
time kasih sbb sudi bace tulisan sye yg pnjg bejele tu..hihi
Delete