Aug 13, 2012

Isteri Henyak Kepale Suami..aiyoo..ganehnye pompuan ni..

Salam sumer..

Tu ler tajuk aku cilok dr Metro Harian..ganas btol pompuan ni.  Nak sgt baju br tok raye smpi ketuk pale laki diye..dgn lesung batu plak tu..Adoiii..korang bace la ni..

Isteri henyak kepala suami



KUALA LUMPUR: Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.
Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.



Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah. Disebabkan suaminya masih enggan, wanita berkenaan meminta diberikan wang dan membenarkannya keluar untuk membeli barangan serta pakaian yang diingininya.

"Namun keengganan suaminya itu berbuat demikian menyebabkan wanita berkenaan naik berang lalu memaki hamum" katanya

Katanya keengganan itu menyebabkan mereka bertengkar lebih 10 minit. Isteri berkenaan yang hilang pertimbangan kemudian menolak dan menumbuk dada suaminya itu beberapa kali, namun tidak juga diendahkan lelaki terbabit.

Ini menyebabkan wanita berkenaan pergi ke dapur dan mengambil anak lesung batu sebelum menghentak ke kepala suaminya beberapa kali.


Sumber : Harian Metro

Nota kaki : kalo dh mampu blikan je la kan, bkn sape pon bini awak juge..hihi

No comments:

Post a Comment