Sep 2, 2013

Kek coklat kukus lapis cream cheese

Hari jumaat lepas kat division aku ni ade makan-makan..sempena ape lagi..raye la dan mereke-mereke yang tukar division..aku tak tau nak bawak ape sbb kt sini buat potluck..tetibe terpikir nk buat kek coklat lapis cream cheese la..sbb cam senang..hihi

So aku pon salin ler resepi tgok kt blog masakan yg glamer tu sape lg cik mat gebu ler...cik mat amik kt emm..mane ye lupe plak nnt aku update la lupe la..hihihi..aku tak penah buat sebelum ni..saje nk try tak tau jadi ke idok ni kire try n error la tak jd campak tong sampah..hahaha...

Alhamdulillah percubaan pertama menjadik, dan officemate aku kate sedap..pandai buat..waaa..kembang idung jap yg mmg dah kembang ni..hahhaa...seronok buat pastu jd plak..rse cam nk jd chef plak..hahaha..




Nak resepi..jap ye..ok amik ni..

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)

2 biji telur gred A - (aku gune gred B jek)
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A - (aku gune gred B gak)
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....
 
 
 
 
gamba tak bape nak cun sbb pakai camera fon jek..

No comments:

Post a Comment