Feb 5, 2013

7 Golongan Dilindungi Di Hari Kiamat..

Salam..lame rasenyer tak bersiaran..mood dah ke laut merah dah..hihi..
Artikel ni aku amik dari Harian Metro..utk renungan kite bersama terutamanye aku yg dose dh selautan bergunung ganang emm..tak tau nak kate ape dh..huhu..jom layan..

Pertama
Pemimpin yang adil.  Ganjarannya besar bagi pemimpin adil, tetapi azab menanti pemimpin zalim di akhirat.

Kedua
Anak muda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Allah.  Waktu muda dan remaja seseorang itu banyak ruang beribadat, malah badan sihat, tenaga kuat, pendengaran dan penglihatannya sempurna.

Ketiga
Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.  Ada hadis mengatakan dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai sedekah.

Keempat
Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya berkumpul dan berpisah demi keredhaan-Nya

Kelima
Lelaki yang diajak wanita cantik dan kaya untuk melakukan dosa, tetapi ditolak olehnya dengan berkata "aku takut kepada Allah'

Keenam
Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi tangan kanannya, iaitu sedekah yang ikhlas.

Ketujuh
Orang yang menyebut, mengingati dan mengagungkan Allah dengan tidak ada dalam ingatannya perkara lain selain Allah.

No comments:

Post a Comment